Anda Nak Tahu Tips Untuk Trading Gold?

Kongsikan artikel ini

Semakin hari, semakin ramai yang menceburkan diri dalam bidang trading gold ini. Ada yang berpengalaman dalam trading dari bidang lain seperti forex dan saham, dan ada juga yang ‘zero’ pengalamannya tentang trading. Namun, kesedaran orang ramai tentang dunia trading ini sebenarnya sudah semakin meluas.
.
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Di kala dunia mula berhadapan dengan krisis ekonomi, masing-masing mula merasakan terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Ada yang tinggal di bandar, tetapi wang gaji mereka sendiri tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sehinggakan terpaksa melakukan lebih dari satu pekerjaan. Ini kan pula mereka yang hidup di kampung.
.

Apa yang dapat dilakukan saat ekonomi dunia mula meleset? Ramai yang takut akan hilang pekerjaan saat ini. Tetapi bagi mereka yang telah pun diberhentikan kerja, mereka lagi rasa terbeban kerana terpaksa mencari pekerjaan yang lain di saat masih ramai lagi yang menganggur. Disebabkan desakan hidup ini jugalah semakin banyak jenayah berleluasa. Ada yang mencuri, ada yang merompak, ada yang tertipu dengan skim cepat kaya.
.

Sebenarnya, anda sendiri perlu mengubah hidup anda. Jika anda rasa susah untuk mencari pekerjaan di waktu sekarang ini, tidak salah untuk anda cuba jadikan bidang trading sebagai pekerjaan baru anda. Carilah ilmu selagi mana anda mampu. Carilah ilmu selagi mana anda masih bernafas di muka bumi ini. Kerana ilmu yang bermanfaat akan merubah kehidupan anda menjadi lebih baik.
.

Oleh itu, hari ini kami dari Akademi JL ingin berkongsikan kepada anda beberapa tips tentang trading gold. Bagi anda yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang trading ini, anda boleh jadikan ia sebagai rujukan. Dan bagi anda yang belum lagi menceburi bidang trading ini, tidak salah untuk anda dapatkan satu ilmu baru yang anda sendiri belum tahu sebelum ini.
.

TIPS TRADING UMUM

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

1. Jika anda ingin membuka akaun trading, pastikan minimum modal yang anda depositkan adalah $500USD. Sekiranya deposit anda kurang daripada $500USD anda akan berdepan dengan risiko untuk mengekalkan akaun anda. Hal ini kerana dunia trading sangat berisiko. Jika anda salah langkah, wang anda boleh habis lebur.
.

2. Pastikan anda menjaga kewangan anda dengan baik. Jangan terlalu tamak untuk mengaut keuntungan sehingga anda membesarkan risiko kerugian. Kebiasaannya, trader yang mempunyai modal yang kecil tetapi sanggup menggunakan lot saiz yang besar hanya untuk mendapatkan keuntungan yang lebih telah membuka ruang risiko yang tinggi.
.

3.. Masuk posisi (entry) dalam pasaran setelah anda nampak trend yang sedang berlangsung. Jangan bahayakan akaun trading anda dengan keputusan anda masuk posisi tanpa mengetahui apakah trend pasaran tersebut. Jangan buat keputusan membuta tuli. Pastikan anda trade bersebab.
.

4. Kawal emosi anda ketika trading. Jangan biarkan emosi mengawal diri anda. Kebanyakan trader gagal sebab mereka tidak dapat mengawal emosi seperti anda emosi pasaran bergerak tidak mengikut posisi yang anda, anda emosi nakkan kembali wang anda yang lebur, dan macam-macam lagi. Jauhkan diri daripada trading jika anda rasa diri anda sedang beremosi.
.

5. Pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi sebelum menceburkan diri dalam bidang trading. Orang yang tidak mempunyai ilmu, dan trading hanya sekadar mengikut-ngikut tidak akan jadi trader yang berjaya kerana ILMU itu adalah kuncinya. Jadi, jangan pertikaikan kenapa orang lain berjaya tapi anda tidak. Lihat apakah usaha yang telah dilakukan oleh mereka untuk berjaya.
.
.

Di atas tadi adalah sedikit perkongsian tips trading secara umum untuk anda semua yang terlibat dalam apa jua bentuk trading. Bagi peminat trading gold, di bawah ini kami kongsikan kepada anda tips trading pasaran gold.
.

TIPS TRADING GOLD

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

1. Pasaran gold mempunyai julat (range) harian yang besar sekitar 300-500 pips. Julat paling kecil pun seadar 160pips. Jadi, jika anda trade gold, dengan mudah anda boleh buy atau sell dalam 200pips setiap kali entry.
.

2. Pasaran gold sangat volatile, iaitu pergerakan turun naik harga gold tidak menentu. Pasaran gold boleh membuat swing 80-100pips hanya dalam beberapa minit. Sebab itu trader perlu buat perancangan yang baik sebelum membuat keputusan. Sekiranya trader mempunyai ilmu teknikal analisis, lebih mudah untuk mereka entry pada harga yang lebih tepat.
.

3. Pasaran gold boleh bergerak dengan jarak yang sanagt besar tanpa menoleh ke belakang lagi. Lebih-lebih lagi jika berlaku news besar yang memberi impak pada perjalanan gold. Gold pernah membuat kenaikan dan penurunan sebanyak 6000pips hanya dalam masa tak sampai 2 jam, iaitu ketika news pilihanraya presiden US diumumkan. Oleh itu, trader harus berhati-hati jika ingin trade waktu ada news besar. Seeloknya trader jauhkan diri dari trade ketika news.
.

4. Pasaran gold sangat menghormati garis support dan resistance. Oleh sebab gold diniagakan secara teknikal, maka perjalanannya mengikuti setiap garis support dan resistance. Tidak kira garis support dan resistance terbina melalui apa-apa jua teknikal analisis. Oleh itu, trader boleh jadikan garis support dan resistance sebagai tempat untuk entry atau take profit.
.

5. Trader harus menunggu candle tutup sebelum membuat keputusan kerana dalam tempoh satu jam bagi candle satu jam, pasaran gold boleh buat jarak yang panjang dalam minit-minit terakhir. Jadi, anda perlu fikirkan keputusan yang tepat jika tidak ingin wang anda lebur ketika candle tutup.
.

6. Terdapat waktu-waktu perjalanan pasaran gold akan aktif dan melemah. Trader harus tahu bilakah waktu trading dunia yang menyebabkan pasaran gold bergerak dengan aktif. Jika trader entry pada waktu pasaran gold lemah, trader terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan keuntungan.
.

7. Sekiranya anda ingin trade gold, pastikan anda telah berlatih di dalam akaun demo selama 2 ke 3 bulan sebelum trade menggunakan akaun real. Perlu trader tahu yang pasaran gold bergerak sangat volatile, jadi trader tidak boleh mmebuat keputusan terburu-buru. Tidak salah untuk and aberlatih sehingga mahir sebelum memulakan dengan akaun real.
.
.

Macam mana? Anda rasa berguna tak tips yang kami kongsikan ini? Jika anda rasa Ya, jangan lupa SHARE kan kepada rakan-rakan anda yang lain pula ye.

Semoga kita sama-sama dapat memberikan manfaat pada yang lain.
.

Jika anda ingin belajar tentang trading gold atau ilmu teknikal analisis, anda boleh hubungi admin di talian hotline +6019-3226769. Atau anda boleh layari web #TG4M atau #STS.