Program Simplified Trading Signal (#STS) Ogos 2017

Kongsikan artikel ini

Program Simplified Trading Signal (#STS) Ogos 2017

Pada 26, 27 & 28 Ogos yang lepas, Akademi JL telah menganjurkan Program Simplified Trading Signal iaitu STS selama 3 hari di Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam. Ini merupakan program STS yang pertama kali buat tahun 2017. Seebelum ini, pihak kami telah merancangkan untuk menjalankan STS pada bulan April, namun atas sebab dan beberapa kekangan tertentu, ia terpaksa ditunda hingga ke tarikh ini.
.

Alhamdulillah. Selama 3 hari program STS ini dijalankan, ianya telah berjalan dengan lancar. Pihak kami sangat bersyukur melihat kepuasan hati peserta STS kali yang mampu pulang dengan wajah yang tersenyum dengan membawa pulang ilmu baru yang padat, padu dan sangat-sangat bermunfaat buat mereka di dalam bidang trading.
.

Di dalam program STS ini, Ir Sofian yang merupakan speaker sepanjang program telah membongkarkan kepada peserta 15 strategi untuk menganalisis naked chart tidak kira bagi Forex, Komoditi, Indeks, mahupun Saham. Semua pendedahan ditunjukkan kepada peserta tentang bagaimana mereka boleh menganalisis hala tuju pasaran dengan hanya menggunakan strategi yang dibongkarkan.
.

Silibus yang disampaikan juga kemas, teratur dan tersusun menyebabkan peserta mudah untuk ‘catch up’ dengan penerangan yang diberikan oleh Ir Sofian. Selain itu, bantuan secara personal oleh Ir Sofian sendiri terhadap setiap peserta juga sangat membantu mereka memahami ilmu dengan lebih baik. Begitu juga setiap persoalan yang dikemukakan akan diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci oleh Ir Sofian.
.

Pihak Akademi JL sangat gembira melihat para peserta yang berpuas hati dengan program STS ini. Mereka pulang membawa ilmu yang penuh di dada, dan diharapkan ilmu yang mereka bawa pulang ini akan digunakan sebaiknya dan tidak lupa juga untuk mereka praktiskan.
.

Untuk kali ini juga, pihak penganjur telah membuat sedikit kelainan pada format program di mana terdapat beberapa peraturan baru yang perlu dipatuhi oleh peserta bagi mendisplinkan mereka sewaktu program. Dan syukur Alhamdulillah, peraturan baru ini diterima dan disambut baik oleh setiap peserta.
.

Sepanjang 3 hari program ini berjalan, bukan sahaja 15 strategi yang dibongkarkan, bahkan mereka juga diterapkan dengan video-video bermotivasi bagi menaikkan semangat mereka setiap masa. Peserta juga didedahkan dengan bacaan selawat yang sangat sesuai untuk memohon agar hajat ditunaikan. Semua ini adalah salah satu sistem baru yang diterapkan supaya peserta STS kali ini bukan sahaja mudah untuk menerima ilmu bahkan mereka juga akan berjaya kelak hari.
.
.

Anda boleh lihat beberapa sedutan aktiviti di dalam program STS seperti di bawah ini:
.
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Kami dari Akademi JL mendoakan agar semua peserta STS kali ini kaya dan berjaya.. Amiinn..
.
.

Bagi anda yang ingin mendaftar atau mengetahui lebih lanjut mengenai program STS ini, anda boleh klik SINI..