Bagaimana Emas Boleh Bertukar Jadi Batu?

Kongsikan artikel ini

Hari ni kami nak kongsikan kepada anda satu kisah berkenaan EMAS yang bertukar menjadi BATU. Pasti anda terkejutkan? Bagaimana emas boleh bertukar jadi batu? Bukankah emas ni adalah logam yang sangat unik dan berharga. Mana mungkin ia boleh jadi batu. Betul tak?
.

Mungkin anda boleh faham bagaimana hal ini terjadi selepas membaca kisah yang kami kongsikan di bawah ini..
.
.

Kisah Emas Bertukar Menjadi Batu

Pada zaman dahulu, ada seorang petani yang bekerja keras dan hari demi hari dia mengumpul hasil keuntungannya. Semakin lama, wang tabungannya semakin banyak hingga dia menjadi seorang yang kaya raya.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Namun, ada satu sifat dalam hatinya iaitu dia tak nak orang kampung tahu yang dia banyak duit. Dia tak nak orang tahu yang dia kaya raya. Jadi, petani ini memikirkan apa perkara yang boleh dia lakukan supaya orang kampung tidak tahu akan hal tersebut.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Petani tersebut mendapat idea. Dia menukarkan kesemua wang tabungannya kepada emas dan menyimpannya di dalam sebuah bekas dan ditanam di belakang rumahnya. Setiap malam pada hujung minggu, dia akan menggali kembali emasnya dan dicium bekas itu tanda dia bangga dia seorang yang kaya. Kemudian dia tanam kembali. Itulah rutin yang akan dilakukan oleh petani tersebut sehingga perbuatannya itu dilihat oleh seorang pencuri.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Maka, setelah petani itu masuk ke dalam rumah, pencuri tersebut telah mengorek lubang tersebut dan mengambil kesemua emas petani tersebut. Keesokan paginya petani tersebut terkejut melihat kawasan tempat dia menanamkan emasnya telah dibongkarkan dan emasnya hilang sama sekali. Menangis dan meraung-raunglah petani tadi atas kehilangan kesemua hartanya tadi.
.

Perkara tadi telah menjadi kecoh seluruh kampung. Seluruh kampung digemparkan dengan berita emas petani tadi hilang. Tak siapa pun tahu yang petani tu ada menyimpan emas dibelakang rumahnya. Dan ada yang mula bergosip menyatakan yang si petani itu bodoh kerana menyimpan emasnya. Sepatutnya dia memperbaiki rumahnya ke, perbesarkan rumahnya ke, atau membuat pelaburan dalam bisnes baru ke. Tapi semua itu hanyalah gosip sesama mereka.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Tak lama tu, ada seorang tua yang berjumpa dengan petani tersebut. Orang tua itu mencadangkan agar petani tersebut menanam batu pula dibelakang rumahnya dan lakukan seperti biasa rutinnya iaitu mengali dan mencium batu tersebut. Mendengar kata-kata orang tua tersebut, petani tadi naik marah dan dia menyatakan yang dia tanam sebelum ni adalah emas. Bukan batu. Emas yang merupakan hasil kerjanya sebelum ini. Ia adalah hasil kekayaannya.
.

Tapi, apabila mendengar jawapan dari orang tua tersebut, petadi tadi jadi tersentak dan terdiam. Orang tua itu menjawab, “Bukankah sama saja engkau menanam emas dan batu? Tahukah engkau apabila engkau menanam logam mulia itu, ia telah menjadi barang tidak berharga? Bukankah sama saja jika engkau menanam batu dan engkau menganggap yang batu itu emas?”

.

.

Macam mana?
.

Adakah anda juga menanam emas anda?
.

Sebenarnya tidak salah jika anda ingin menyimpan emas kerana harga nilaian emas akan meningkat setiap tahun. Tapi, apa yang penting adalah anda menyimpannya ditempat yang selamat. Nak tahu macam mana nak simpan emas dengan selamat, baca di SINI.
.

Selain menyimpan emas, anda juga boleh menjana lagi emas anda. Sama ada anda nak menjana emas dengan emas, atau anda nak tambah aset kekayaan anda. Apa pun, jadilah Pelabur yang Bijak. Jangan biarkan emas anda menjadi batu seperti yang dilakukan oleh petani dalam kisah tadi.
.

Banyak perkara yang anda boleh buat untuk jana emas anda. Pastikan anda mempunyai ilmu sebelum lakukan sesuatu pelaburan. Supaya anda tidak menjerumuskan kekayaan anda kepada lembah kemusnahan.
.

Klik SINI untuk baca bagaimana nak jana emas dengan emas.
.
.