Siri Emas 3: Zaman Logam Emas Sebagai Wang

Kongsikan artikel ini

Emas selain dijadikan sebagai barang perhiasan dan menyelesaikan permasalahan dalam sistem barter, emas turut dijadikan sebagai wang oleh tamadun dahulu.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis
.

Emas memiliki sifat yang sangat unik kerana keunikannya menjadikan ia dipilih oleh kebanyakan tamadun sebagai pilihan yang tepat untuk dijadikan sebagai wang.
.

Anda boleh lihat huraian mengenai sifta-sifat emas ini di bawah ini yang menjadikan ia terpilih sebagai wang:

1. Emas adalah logam yang jarang ditemui

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Oleh kerana proses mendapatkan emas ini sangat susah, ia perlu dilombong dan ditampi untuk mendapatkan nugget emas yang bersih. Selepas diperolehi, ia perlu dicairkan dan ditempa untuk dijadikan pula sebagai syiling. Proses mendapatkan emas ini memakan masa yang lama sebab itu is boleh dikategorikan sebagai logam yang RARE. Bekalan emas dunia pada waktu itu hanya meningkat 1% ke 2% sahaja setahun.
.

2. Emas mempunyai nilai intrinsik

Emas mempunyai nilai intrinsik yang universal. Sejak dari awal tamadun lagi ia telah dijadikan sebagai barang pertukaran dengan apa pun kerana ia membawa nilai tersendiri.
.

3. Emas mulur, lembut dan mudah ditempa

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Emas juga mulur dan mudah untuk ditempa. Ini memudahkan proses untuk menjadikan emas dalam bentu kepingan syiling. Ia juga satu pilihan yang baik untuk dijadikan sebagai wang.
.

4. Emas kebal dan kekal

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Emas tetap kekal sebagai emas dan bernilai walaupun ia disimpan bertahun lama. Ia tidak memberikan tindak balas terhadap angin, udara, kelembapan, atau benda yang boleh menghakiskan. Ini menjadikan emas sangat IMMORTAL dan ia sesuai digunakan untuk satu jangka masa yang lama.
.

5. Emas mudah untuk dikenalpasti

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Ketumpatan emas itu sendiri dan warnanya yang kuning keemas-emasan menjadikan ianya sukar untuk disalah faham sebagai benda lain. Identiti emas tetap kekal sebagai emas dan ia memudahkan urusan tamadun dulu untuk menggunakannya sebagai wang.
.

6. Emas memenuhi semua ciri-ciri wang

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Emas juga memenuhi ciri-ciri wang yang menjadikan ia sebagai medium alat pertukaran bagi barangan. Ia juga menyimpan nilai tersendiri. Jika ia tidak menyimpan nilai tersendiri, maka ia tidak sesuai digunakan sebagai wang kerana wang itu perlu bertahan lama. Selain itu, emas juga memiliki ciri unit akaun seperti ia boleh dibahagikan, boleh digunakan untuk tujuan lain dan mudah dialihkan.
.
.

Oleh kerana keunikan sifat emas ini lah menjadikan emas telah dicipta menjadi sebagai alat matawang mereka. Bahkan, sejak ia digunakan secara meluas ketika tamadun Rom, tamadun-tamadun lain juga terus menerus menggunakannya sebagai wang sepanjang sejarah mereka.
.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Bagaimanapun, setelah penciptaan sistem perbankan dan matawang kertas, peranan emas dan perak sebagai wang mula berubah kerana matawang kertas dicipta dan mula mengambil alih tempat emas. Mungkin kerana emas ini sukar untuk diperolehi, menjadikan mereka ingin mengurangkan kos perlombongan dan penempaan, jadi matawang kertas digunapakai.
.

Namun, anda sendiri boleh lihat kelemahan matawang kertas ini kerana ia sendiri tidak memegang apa-apa nilai sepertimana bernilainya emas itu sendiri.

.

.

Emas hingga kini masih lagi memegang nilai sebagai wang. Hanya emas satu-satunya logam bernilai dan memnuhi ciri-ciri wang. Jika wang kertas anda terbakar atau disimpan untuk satu jangka masa yang lama, ia sudah tidak bernilai lagi. Tapi tidak pada emas!