Siri Emas 2: Zaman Revolusi Perdagangan Logam Emas

Kongsikan artikel ini

Revolusi Emas

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Emas selain menjadi barang perhiasan, ia turut direvolusikan menjadi penyelesaian kepada masalah sistem barter yang berlaku di dalam perdagangan.
.

Sistem barter ini adalah sistem yang wujud pada awal sistem perdagangan dulu. Ketika mana matawang masih belum wujud lagi, tetapi sudah ada sistem perdagangan.
.

Oleh itu, bagi menukarkan barang dagangan tersebut, pihak pedagang perlu mencari pedagang lain yang ingin menukarkan barang dagangan mereka antara satu sama lain.
.

Namun, terdapat beberapa kesukaran yang dialami di dalam sistem barter ini seperti yang disenaraikan di bawah ini.
.

1. Kehendak yang sama

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Di dalam sistem barter, setiap pedagang yang ingin menukarkan barang dagangan mereka hendaklah NAK apa yang pihak lain miliki. Sebagai contoh, pedagang A nak tukarkan barang dagangannya iaitu ayam dengan ikan. Tetapi, adakah pedagang B yang memiliki ikan ingin menukarkan ikannya dengan ayam?
.

Disebabkan tiada kesefahaman kehendak dalam pertukaran barang dagangan, maka pedagang A tidak dapat menukarkan barang dagangannya.
.

Begitulah keadaan yang dihadapi oleh pedagang yang menggunakan sistem barter ni pada masa dahulu. Jika mereka tidak menjumpai kehendak yang sama dengan pedagang lain, mereka tidak dapat menukarkan barang dagangan mereka.
.

2. Pembahagian barangan

Permasalahan lain yang timbul pula apabila pedagang dah dapat kata sepakat, tapi apabila ingin menukarkan barang dagangan mereka, mereka tak tahu bagaimana nak ukur dan bahagikan barang dagangan mereka. Ada sesetangah barang dagangan agak sukar atau mustahil untuk dibahagikan kepada bahagian yang kecil untuk ditukarkan.
.

Macam contoh, pedagang A memiliki seekor lembu dan pedagang B memiliki ikan. Apabila mereka sudah mendapat kesepakatan dalam kehendak untuk menukarkan barang dagangan mereka, timbul pula isu bagaimana nak bahagikan lembu tersebut.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

barter

Adalah tidak berbaloi harga seekor lembu ditukarkan dengan beberapa ekor ikan. Sudah tentu lembu tersebut terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian dan salah satu bahagian baru diberikan kepada pedagang B. Namun, bagaimana dengan lebihan bahagian yang lain? Jika tiada pedagang lain yang ingin menukarkannya, maka pedagang A akan mengalami kerugian apabila daging lembunya membusuk.
.

3. Tidak ada ukuran yang sama bagi setiap nilai

Satu persatu masalah dalam sistem barter ni timbul apabila mereka menghadapi masalah untuk menilai barang dagangan tersebut. Oleh kerana setiap barang nilainya tidak sama. Maka ia telah menyukarkan lagi pedagang untuk menentukan nilai bagi barangan tersebut.
.

Lagi pula, setiap orang tidak menilai barang dagangan tersebut dengan nilaian yang sama. Ada yang menilai ia berharga, ada yang menilai ia kurang berharga. Dan perkara ini juga telah menyebabkan mereka sukar untuk mendapat kesefahaman untuk menukarkan barang dagangan mereka.
.

4. Tiada nilai simpanan

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Ini juga salah satu masalah yang sukar dihadapi oleh pedagang apabila kebanyakan barang dagangan mereka mudah rosak dan tidak boleh disimpan untuk satu jangka masa yang lama seperti sayur-sayuran, daging, ikan, susu dan yang lainnya.
.

Oleh kerana barang dagangan mereka mudah rosaklah, maka mereka cuba untuk segera mencari pedagang lain yang ingin menukarkan barang dagangan tersebut. Tetapi, ia bukanlah semudah yang disangka kerana seperti yang saya maklumkan di atas tadi, banyak permasalahan yang dihadapi dalam sistem barter ini.
.

Akhirnya barang-barang mereka rosak dan terbuang begitu sahaja.
.
.

Emas Penyelesaian Masalah

Sekarang anda dah nampak kan apa permasalah yang timbul di dalam sistem barter ni. Oleh kerana sistem barter tidak dapat membantu pedagang untuk menukarkan barang dagangan mereka dengan nilai yang sebenar, maka ia mula dianggap tidak relevan dan perlu ada satu sistem lain yang dapat menyokong sistem perdagangan.
.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana emas ini membantu pedagang mengatasi masalah yang berlaku di dalam sitem barter. Pada awal tahun 564SM, kerajaan Lydian yang kini digelar Turki merupakan orang pertama yang mencetak syiling sebagai matawang mereka.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Syiling tersebut dinamakan The Lydian Lion yang diperbuat daripada elektrum yang menggunakan aloi semula jadi dari emas dan perak.
.

Selain itu, pada masa yang hampir sama juga, negara China mula menggunakan duit syiling berbentuk petak yang dipanggil Ying Yuan untuk tujuan perdagangan. Penggunaan syiling ini sebagai matawang telah memudahkan urusan perdagangan dan melancarkan segala urusan pedagang.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Negara kota Yunani juga mencetak syiling tersendiri dan memaksa pedagang asing untuk menukarkan matawang mereka kepada matawang tempatan. Namun apa yang dihadapi oleh pedagang asing ialah kadar pertukaran matawang tersebut ditentukan oleh orang Yunani dan ia berpihak kepada negara tersebut.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Manakala, orang Roman pula merupakan orang pertama yang menggunakan emas dan perak dalam sistem kewangan mereka secara meluas. Pada zaman Roman ni, nisbah bagi emas dan perak ialah 1:12. Melalui kemajuan perlombongan hidraulik, orang Roman dapat mengeluarkan emas dengan skala yang lebih besar lagi.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Walau bagaimanapun, pengeluaran emas mereka tetap tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan lebihan empayar Roman. Akhirnya mereka terpaksa menurunkan mutu matawang mereka dengan menambahkan logam asas kepada emas dan perak bagi memudahkan mereka membayar hutang.
.

Tapi, apa yang berlaku daripada penurunan mutu matawang tersebut adalah menjadi salah satu sebab yang disebut oleh ahli sejarah yang merupakan penyebab kepada kejatuhan dan kehancuran empayar Roman. Anda sendiri boleh bayangkan, bagi syiling prerak daripada bilangan perak 100% di dalamnya telah berkurang dan berkurang sehingga 0.02% sahaja. Begitu juga dengan syiling emas.
.
.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana logam emas dan perak ini digunakan oleh masyarakat dahulu untuk dijadikan sebagai matawang mereka.

Sebab apa? Sebab emas dan perak ni membawa nilai yang tersendiri. Inilah bahan semula jadi yang unik dan terulung diciptakan oleh Allah buat kita.

Sila SHARE posting ni untuk munafaat bersama ye..